Pixajoy

Monday, October 31, 2011

Tom Yam Campur Suka Hati


Assalamualaikum

Hari nie bertemu lagi dengan menu masakan dari dapur Puan Kutu. Tadaaaa...Tomyam Campur. Nampak cair kurang mengancam. Kuah turun kebawah tu.hehe..

Misai udang berterabur.haha..

Resepi nie untuk hidangan tiga orang yang berperut besar. Aku tak pandai sangat masak tomyam, so aku selalu sesuka hati masak ikut cara aku. Janji en suami suka. Ekceli beliau tengah lapar. Hari nie aku tak masak nasik, jadi habis dihirupnya kuah tomyam nie sampai licin.haha..


Nama pun campur, apa saja bahan yang ada, aku campur sesedap rasa..Resepi nie ada sedikit gabungan asam pedas rebus. Boleh cuba kalau nak bertukar selera. Original resepi suka hati hentam kromo dari aku sendiri.


Resepi Tomyam Campur


Bahan-Bahan

  • 100gm daging kisar
  • 3 ekor ketam
  • 6 ekor sotong sederhana besar dipotong ikut suka
  • 3 ekor udang besar punya
  • 1 peket pes tomyam Adabi
  • Bawang merah, bawang putih, halia dan lada kering diblander. (aku guna lebih kurang 4 sudu besar, ikut korang nak pedas macam mana)
  • 3 batang serai diketuk
  • 2 keping asam keping
  • Sayur campur ( aku guna lobak merah, kobis bunga dan baby jagung)
  • Bawang besar dibelah 4 dan 3 biji tomato dibelah dua. (aku tak letak pun)
  • 2-3 sudu besar sos cili.
  • Garam, gula dan sedikit serbuk pati ayam maggie.

Caranya, masukkan air dalam kuali sebanyak mana kuah korang nak. Kemudian masukkan peket pes tomyam, sos cili, bahan blander, daging kisar, serai dan ketam kedalam kuali. Tak perlu minyak, cuma masak hingga mendidih. Bila mendidih masukkan asam keping dan semua sayur campur yang telah dipotong. Masak sekejap lepas tu masukkan sotong dan udang. Perasakan dengan pati ayam, garam dan gula secukupnya. Last sekali kalau suka masukkan bawang besar dan tomato..Siap untuk dihidang. 

Sungguh enak di makan begitu saja atau dengan nasi dan mee. Aku makan dengan lebihan bowties hari tu. Kalau malas tapi kempunan sila datang rumah aku, nanti aku tolong masakkan.haha..


                                               



CONTEST SINOPSIS NOVEL ‘TAKDIR ITU UNTUK AKU’

KLIK  BANNER UNTUK TENGOK SYARAT-SYARAT CONTEST

Telebih dahulu, Waalaikumussalam (jawab salam k.mimi kan)

Assalamualaikum dan salam bahagia. 

Pada peminat novel, korang dah baca novel online dari novelis berbakat rafinamimi.com atau lebih dikenali sebagai Mrs Yie? Ini bukan pujian tau kakmimi.hehe..Mrs Yie ada buat contest tahu? Apa kata kita ramai-ramai meriahkan suasana disamping berhibur membaca novel. Oleh kerana aku memang ikut novel nie, so wajiblah aku join. Belasah la sipnopsis macam mana pun janji tak lari dari jalan ceritanya yang asal ye tak?

Sipnopsis Takdir Itu Untuk Aku

Ariana, anak tunggal  Encik Ahmad dan Puan Rokiah, gadis serba sederhana yang cantik, nakal, agak kasar dan berpendirian tegas. Ariana tidak senang memikirkan tentang jodoh. Dia seakan serik untuk bercinta kerana pernah ditipu oleh Nazri. Malang menimpa, orang yang paling Ariana sayang pergi meghadap ilahi. Kedua ibu bapanya terlibat dalam kemalangan. 

Disebabkan pernah kecewa, Ariana berjiwa keras terhadap lelaki. Izudin dan Haji Fahmi, dua lelaki berlainan karektor menaruh perasaan terhadap Ariana. Tersepit diantara kekasih dan majikan, timbul pelbagai konflik hati dan perasaan. Haji Fahmi, bujang terlajak yang kaya dan alim. Majikan Ariana ini sangat taat pada agama, sentiasa tenang dan bersahaja. Selain menunjukkan sikap mengambil berat, Haji Fahmi selalu memberikannya hadiah. Kebaikan Haji Fahmi ternyata tidak membuka hati Ariana untuk menerima jejaka itu.

Ariana lebih tertarik pada jirannya Izudin, duda yang masih terikat dengan pelbagai masalah peribadi. Hubungan mereka sering konflik kerana bekas isterinya, Puan Dila sering mengganggu dan meminta wangIzudin pula langsung tidak bersikap tegas. Perasaan yang Ariana cuba selindung rupanya tidak bertahan lama. Cintanya diluahkan secara tidak sengaja. Peribadi Izudin benar-benar membuatkan Ariana tertarik. Walaupun penuh dengan cemburu, lelaki yang menjadi perhatian ramai wanita ini seorang yang terlalu melindungi, cukup romantik dan pandai bermain kata-kata. Hubungan Ariana dan Izudin semakin semarak dengan rindu dan kasih. 

Pelbagai insiden romantik,  salah faham, merajuk, cemburu, sedih dan lucu bisa menyentuh hati sesiapa yang membaca. Bagaimanakah kesudahan percintaan Ariana dan Izudin? Dapatkah Haji Fahmi meraih cinta Ariana?


‘Hadiah wang tunai beserta topup adalah tajaan MR.YIE.. Hadiah TOWEL, PEDOMETER, MOUSE PACK dan KLIK STAND adalah sumbangan dari blogger HALIF yang telah di syorkan oleh PUAN BEE..


* Macam berterabur jer ayat aku. Susah jugak nak buat sipnopsis.



Sunday, October 30, 2011

Masterchef Malaysia



Masterchef adalah sebuah rancangan popular di 15 buah negera seperti Ireland, Norway, Netherlands, India, Finland, Canada, Belgium, UK, New Zealand, Portugal, South Africa and Canada. 


Kini Masterchef Malaysia menjadi rancangan realiti terbaru dari Astro yang menampilkan peserta berbakat dalam bidang masakan.Mereka datang dari seluruh negeri di Malaysia dan terdiri daripada pemasak amatur yang berumur 18 tahun keatas. Pemenang akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM 100, 000 dan buku resepinya akan diterbitkan oleh Astro.


Bagi aku yang setiap hari menjadi masterchef di rumah sendiri, rancangan realiti macam nie memang aku minat. Suka tengok ragam peserta yang palbagai dan datang dari latar belakang berbeza. Ingat lagi Ari Malik yang dulunya pelakon tu? Dah lama tak nampak Ari dikaca televisyen. Sudah lama menyepi dari dunia lakonan tiba-tiba beliau muncul dalam Masterchef. Ari yang kecil molek tu rupanya dah berumur 40 tahun. Selain berbakat dalam dunia lakonan,  tak sangka pandai masak..




Aiman pun pandai meniru iklan Masterchef. Gelihati bila ayat yang keluar hanya.."Ini kuih dari makcik anda..Ini kuih dari Masterchef Malaysia" haha..Korang yang minat rancangan Masterchef bolehlah join aku layan kat Astro Ria...


Untuk gambar penuh kesemua 24 peserta Masterchef yang berjaya, klik SINI


* Tak layak pun nak berangan masuk Masterchef Malaysia.kehkeh..










Pengajaran



Aku tak tahu nak mulakan cerita nie macam mana. Nak letak tajuk entry pun serba salah. Macam berat jer bunyinya, macam poyo Aiman kata.haha..Ini cerita serius. Cerita nie sebenarnya dari cerita atas cerita atas cerita. Ini kisah masyarakat yang benar-benar berlaku. Kisah benar yang diceritakan oleh seorang kawan, tapi kalau kawan aku tipu tu bermakna cerita nie tak benarlah. hehe. Tak usah berbelit-belit, tak kisahlah betul ke tidak, kita ambil pengajaran dari cerita cukup!


Kata kawan aku, dia pergi melawat kakak iparnya yang sakit di hospital. Sebelah katil kakak iparnya tu, ada seorang 'gadis' berumur 24 tahun yang juga sakit.


Flashback sebelum gadis tu masuk hospital,


Suasana majlis meriah sekali. Orang ramai datang meraikan pengantin dua sejoli yang berbahagia sebagai raja sehari. Tiba-tiba si gadis merasa kesakitan yang amat sangat. Perutnya ditekan-tekan. Kerana si gadis tidak dapat menahan lagi, meluru dia kebilik lantas menanggalkan baju pengantinnya. Tidak lama selepas itu, si gadis muntah darah..


Ini bukan pengantinnya ya..


Kenduri yang sebelumnya meriah menjadi gempar. Si gadis segera di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Terlantarlah si gadis di katil hospital pada hari bahagianya. Belum sempat bertandang ke rumah pengantin lelaki, si gadis disahkan mengidap kanser usus. Yang paling menyedihkan, kansernya telah sampai ke tahap kronik. 


Menurut kawan aku lagi, sebelum nie, si gadis sudah banyak kali pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Perutnya selalu sakit. Tapi doktor hanya beri ubat tahan sakit dan ubat angin kerana menyangkakan si gadis kembung perut. Yang menghairankan, dah banyak kali si gadis buat rawatan di klinik daerah tapi doktor yang merawat langsung tak pernah refer kes dia ke hospital. Kiranya dah lama si gadis sakit, tapi tak pernah terima rawatan susulan. 


Nak salahkan doktor? Bukan semua doktor peka dengan tahap kesihatan pesakit. Lebih-lebih lagi klinik biasa. Bukan nak memperlekehkan, tapi itulah realitinya. Dua minggu selepas itu, si gadis meninggal dunia. Tinggallah 'suaminya yang berhias' tu. Kesian kan..Dapat bayangkan tak apa jadi pada kenduri sebelah pengantin lelaki?


Kalau sakit yang berlarutan, jangan ambil mudah. Pergi check pakar untuk pastikan kondisi kesihatan kita. Memang betul ajal maut di tangan tuhan, tapi kalau kita berikhtiar awal, mungkin boleh selamat. 









Saturday, October 29, 2011

Abah Tak Boleh Ada Awek



Kerenah anak-anak sangat pelbagai. Cukup aku ada seorang budak chubby saja, mulutnya dah macam ada sepuluh orang anak. Selagi tak puas hati dengan sesuatu, selagi tu dia akan bertanya itu dan ini. Kadang-kadang apa yang tepancul dari bibir Aiman buat aku terkejut. Tak dapat nafikan , apa yang dicakapkan tu memang kelakar, tapi..tertanya juga, eh mana budak nie belajar cakap macam tu? Cantiknya bahasa..


Iklan Colgate Anak & Bapak : Antara picture peberet aku masa umur Aiman setahun lebih.


Ini contoh drama pendek Kisah Benar dua babak bertajuk, Abah Tak Boleh Ada Awek.


Babak 1


En suami sedang menelefon seseorang. Selesai saja cakap, seperti biasa datanglah penyibuk yang bermulut becok.


Aiman: Abah cakap dengan sape tu?
En suami : Abah cakap dengan awek abah. ( mencebik bibir ke arah aku)
Aiman : Abah mana boleh ada awek! Abah tu dah ada bini..


Tercenganglah ibu dan abah..


Babak 2


Aku dan Aiman tengah main bola..Permainan terhenti seketika bila handphone en suami berbunyi. Tiba-tiba si chubby jadi kepoh.

Aiman : Abah, ada orang hantar mesej..(memang Aiman tau bunyi orang telefon dan bunyi mesej)


En suami membaca mesej kemudian membalas. Dalam en suami menaip tu,


Aiman : Abah mesej dengan sape tu? (sambil berbisik ke telinga aku)
Aku : Abah mesej awek abah la tu..
Aiman : Eh abah tu dah la gemuk..Ada hati nak ada awek!




* Moral : Sila ajar anak korang bercakap sopan..













A.N.A.K



Salam Bahagia

Malam tadi aku melenggang kankung ke blog Intan Berlian, aku nampak soalan tag yang menarik. Sebagai seorang ibu, terasa best pulak nak jawab soalan nie semua.hehe..



1. How old were you when your first child was born?
22 tahun dalam surat beranak Aiman. Tapi kalau ikut tahun 23 la..muda lagi kan?hoho..


2. What month and year was your youngest child born?
Anak pun baru sorang. Aiman dilahirkan 20.03.2007.


3. How did you feel when you first found out you were pregnant?
Walaupun terkejut, tentulah hepy! Pastu rasa tak percaya. Betul ke? Yang sedar aku pregnant adalah mak dan pak mertua aku. Bila aku kata terasa nak makan mangga dan rambutan, pak mertua aku yang kalut pergi cari. En suami dan aku tak expect apa-apa. Aku dah preggy tiga bulan baru pergi check. Tu pun dua kali aku pergi klinik. 1st time aku tak boleh kencing. So balik rumah dulu. Esoknya pergi klinik lagi.haha..


4. Who did you tell first?
Siapa ekk..Mak dengan pak aku kot. Pasal mak dan abah (mertua) awal-awal dah tahu dari aku dan en suami sendiri. keke..


5. How many pounds/kg did you gain during your first pregnancy
Aduh banyak gila..16kg tu naik. Aku memang kuat makan masa mengandungkan Aiman.haha..


6. What did you crave while you were pregnant?
Semua aku belasah. Tu sebab naik berbelas kilo.haha. Masa mula-mula tu aku teringin nak makan mangga dan rambutan tu ja. Pastu yang aku ingat sebab terasa nak makan anggur, setengah kilo anggur tu aku makan sorang. Tapi tu ja, lepas dah makan aku tak nak lagi. Benda pun senang jer nak cari. Tak ada la benda yang aku suka sangat-sangat makan time preggy.


7. Did you find out the gender of your first child? Why or why not?
Yup. Doktor yang scan cakap girl. Bidan pun sama. Semua expect aku dapat baby girl. Memang tak sangka langsung akan keluar boy. Sangat terkejut masa bersalin, nurse angkat baby nampak burung punai.haha..Semua kuasaNYA. En suami selalu berdoa supaya dapat baby boy. Sebab keinginan yang kuat, en suami sampai termimpi aku bersalin baby boy. Alhamdulillah doanya dimakbulkan..


8. Did you have any complications during your pregnancy?
Alhamdulillah during pregnancy  aku langsung tak ada alahan. Tapi aku kena detect diabetis. Tak pernah tinggi pun paras gula aku. Memang prosuder sebulan sekali kena jumpa pakar. Yang tak bestnya dua minggu sekali kena ambil darah empat kali sehari. Kadang-kadang bila malas berulang alik ke klinik, waktu malam aku tulis sendiri berapa bacaannya. Mampus nie kalau nurse tahu.kahkah..


9. How much did your first child weigh?
2.9kg..tapi my hero nie dari baby lagi dah nampak muscle tau. 


10. Was your first child early, late, or on time?
Sebenarnya aku dah ambil cuti awal untuk balik bersalin di Kedah. Tapi hari yang sepatutunya aku balik kampung tu jugak Aiman nak keluar tengok dunia. Nak sangat jadi orang Johor.haha..Aiman lahir dua minggu awal.


11. What is the most difficult challenge or health issue that any of your children have faced?
Alhamdulillah so far tak ada apa pun yang susahnya untuk aku besarkan Aiman. Bab kesihatan pun Alhamdulillah. Kalau sakit sekadar demam dan selsema je. Aku memang titik beratkan soal kesihatan anak. Bila rasa dedar jer badan Aiman, terus kami ambik ubat. Bila dah ada ubat, kadang tak sempat makan dah ok sakitnya..Ini teori aku, sediakan payung sebelum hujan.muahaha..


12. What's your favorite part of being a mom?
Every moment ekceli..saat melahirkan, melihat kali pertama Aiman meniarap, tumbuh gigi, berdiri, berjalan, berlari, menyebut perkataan ibu, celotehnya yang buat aku ketawa, semuanya adalah saat indah. The best part is, melihat pertama kali Aiman meghisap susu dari badan aku. Takjub sekali baby yang baru lahir ada kebolehan semulajadi. Memang tak tergambar dengan kata-kata bila merasa keindahan pertama kali menyusukan aiman. Masih terbayang jejari Aiman yang comel dengan kukunya yang panjang tu.


13. Do you think it's easier to be a mom or a dad?
Aku akui untuk membesarkan seorang anak, banyak sekali cabaran dan pengorbanan. Lebih-lebih lagi waktu anak kecik, baby perlu selalu dibelai, kena buat susu, salin pampers, bila sakit dia meragam dan semua benda kita kena peka. Tidur malam tak pernah tidak diganggu. Masa Aiman kecik, aku selalu tidur kat office pasal mengantuk.haha..Betapa beratnya hati nak lepaskan satu nyawa kepada pengasuh kerana tuntutan tugas. Tapi bagi aku, untuk permata hati yang tak ternilai nie, takkan ada istilah susah.


14. What is the best piece of advice you could give to someone who is about to have their first child?
Well prepared to find happiness..We didn't know true love until we become a mom! Setiap anak itu anugerah dan rezeki. Jangan bimbang tentang hal kewangan, kerana rezeki anak tu tetap ada. Itu saja.hehe..


15. Did you always think you'd have kids?
Aku nie pasal kahwin pun tak pernah nak berangan. Aku ingat aku takkan kahwin pun.haha..Lagi pulak aku kahwin pada usia agak muda saat kawan-kawan rapat aku masih lagi menyambung pelajaran. Tak pernah terfikir akan kahwin dan punya anak. 


16. What's been the biggest surprise about motherhood?
Pengalaman menjadi ibu mengajar aku menjadi seorang yang punya tanggungjawab. Dulu memang tak tahu erti susah. Pengalaman itu memang suatu kejutan sebab saat rakan-rakan sebaya aku masih bersosial, aku sudah punya tanggungjawab besar dalam hidup.


17. Are there things you miss about life before kids?
Yup! Rindu pada zaman kanak-kanak yang hanya tahu istilah happy! 


18. How many children do you have?
Seorang saja pujaan hati penawar duka hati beta, si chubby Aiman Mukhlis.


19. Do you plan to have any more children?
Yup. Sejak 5 bulan yang lalu akan dah stop segala bentuk pencegahan kehamilan. Pray for a wonderful baby girl pulak yer..hehe..


20. Who's the mom that you admire most?
Wanita yang menjadi inspirasi kerana ketabahan dan kecekalannya sudah tentu aruah mak aku..


Aku nak juga tahu kisah korang menjadi seorang ibu. Melalui soalan tag nie dapatlah kita saling mengenali dan mengeratkan hubungan sesama rakan blogger. Aku tag KakNza, KakFazz, KakMP, KakZefa, KakMimi, KakJoanneUmmiHanie, PuanBee, Mama NajlaCik betty dan semua ibu seantero dunia juga dijemput tau..






Friday, October 28, 2011

Makanan Di Pasar Malam



Tadi aku pergi pasar malam. Seperti yang semua sedia maklum, segala mak nenek yang korang nak beli ada kat pasar malam. Tapi yang menarik perhatian tentulah makanannya. Dekat area rumah aku, pasar malam wujud dua kali seminggu iaitu pada hari Isnin dan Jumaat. Kalau dulu kat Sungai Rengit, dua kali jer sebulan ada pasar malam. Almaklum dulu aku duduk hujung tanjung. Nak pergi pasar malam pun gila susah. Kadang2 sampai tak ingat bila tarikhnya.haha..


Jangan tak tahu, di Kelantan, pasar malam ada waktu rehat. Semua penjual akan berhenti menjual untuk memberi laluan kepada solat Maghrib. Tapi setahu aku, kalau kat area lain, waktu maghrib tu la berpusu-pusu orang ke pasar malam.hoho..Ini antara makanan popular yang wajib ada dekat pasar malam. Aku senaraikan yang aku suka beli jer la ekk..


Apam balik
Disebabkan aku kempunan tak dapat nak makan apam balik inti kelapa dan pulut hitam, aku letak nombor satu.haha..Tak sangka ye ramai yang tak tahu akan kewujudan inti kelapa dan pulut hitam nie. Sangatlah rugi sebab rasanya 3 kali ganda sedap dari apam balik biasa. Manalah aku nak cari kat SP nie kan?Depa kata tak pernah nampak. Nak rasa jauh sekali. Memang kedah belum melalui evolusi apam baliklah yer? Kalau aku meniaga kat sini sahih laku.haha..


Yong Tau Foo
Serius masa mula dok Johor, aku tak reti nak makan yong tau foo pasal kat sana depa makan dengan kuah sup. Bila dah rasa rupanya sedap. Sekali beli mesti habis lebih RM 20 (3 orang makan) . Area utara jarang beli sebab takut kuah rojak tu tak sedap. Kat jam besaq tu lagi la tak sedap langsung!



Murtabak
Orang utara makan murtabak dengan bawang yang diletak pewarna merah, tapi kat Johor makan dengan kari. Aku lagi suka makan dengan bawang. Baru tadi beli.haha..Suka murtabak sini, harga cuma RM 2.00, tebal dan besar. Kat Rengit RM2.50 nipis gila, kecik plak tu. Sekali sumbat mulut rasa bawang semata.kehkeh..




Roti john / Kebab / Burger
Waktu di Johor aku selalu beli kebab. Kat Sp nie pulak roti John menjadi kegilaan. Majoriti persinggahan aku ke pasar malam mesti beli roti john. Aiman pun suka sebab ada telur.haha. Dah la panjang, harga cuma RM2.50, sengkak perut kalau makan sorang. Cuma satu ja aku musykil, awat nama dia John? Burger juga dah mengalami evolusi, yang paling popular tentulah burger goreng. Ada yang disalut dengan tepung, ada juga disalut dengan kulit popia. Burger nie sesekali beli ok la..




Jagung bakar / Rebus
Rasanya manis dan menyelerakan. Kami tiga-tiga beranak pun suka. Tadi beli yang mentah juga. En suami suruh buat jagung gaul kelapa, garam dan gula. Selera aku rebus ja. Kalau rajin boleh buat cekodok jagung. Yummy!


Air soya dan Katira
Katira memang tak pernah jumpa kat pasar malam SP. Mujur aku bukanlah fanatik dengan air nie. Kesukaan en suami ja! Air soya kalau aku jumpa jer mesti beli. Tadi orang yang jual soya tu tak datang pulak. Tauhu pandan pun sedap. Ayoyo!


Segala jenis benda bergoreng.
Fish ball pasar malam sungai Acheh terbaik! Kat sini keras kematu sikit.haha..Kat Johor aku tak pernah nampak fishball goreng. Depa tak reti makan kot. Rangka ayam juga peberetku! Tapi jarang beli pasal minyaknya tu yang tak bagus.kihkih. Makanan kegemaran sefamili adalah keropok lekor. En suami suka yang nipis dan rapuh, aku dan Aiman suka yang lembik. Sedap2..haha..


Kalau nak senarai semua sampai esok pun tak habis. Daa...


* Apa makanan peberet korang kat pasar malam?











Voice it, Suarakan



Ini adalah cabaran Voive it, suarakan! dari blog jue dan hanie, Aku belasah je. Pinjam tagline ekk, Let the blog do the talking!haha..




Pagi yang menakjubkan
Betapa TV dan berita Radio 
Seberapa pantas menyaksikan
Kekejaman..
Penindasan..
Peperangan dan kepincangan..
Bukan sebuah kisah klasik


Lihat, dengar, rasakan
Dunia, dimanakah keamanan?


Tunjukkan padaku
Tunjuk satu bintang
Supaya aku dapat melompat lebih tinggi
Bertahan di sana
Hingga ujung waktu
Takkan aku berhenti berharap
Merasa anugerah terindah yang pernah kumiliki
Tolonglah buat aku tersenyum


Dunia yang semakin kejam..Suarakan melalui tajuk lagu Sheila on 7. Die hard fan so7 time muda2 dulu ok!haha..


Chiaow...








Thursday, October 27, 2011

Bowties Pasta Sos Ala Melayu



Jeles tengok Kak Jejari Asmara tu hari-hari tayang makanan. Sebab sangat terliur tengok Resepi Ikan Kerisi Masak Cuka ibu Maryam, semalam aku buat ikan masak cuka juga. En suami kata sedap tapi ingatkan aku, lain kali tukar dengan asam. Tak elok makan cuka, tajam katanya. 


Aruah mak aku dulu selalu juga buat masak cuka, elok ja aku hidup sampai sekarang. Macam la aku letak sebotol cuka tu.haha..Jangan derhaka! Ok next time no more masak cuka ok. Ini entri bukan nak cerita pasal masak cuka. Jauh pulak aku melalut. Back to the title entry..


Hari-hari masak nasi sesekali tekak nie terasa nak makan makanan western. Hang Tuah sudah berkata takkan melayu hilang di dunia, aku bikin sos ala melayu saja.haha Hang Tuah jugak naik nama. Ekceli nie kes tak cukup bahan. Hentam sajalah janji sedap! 


Harap maklum comot-comotan dipinggan adalah sebab dah dua kali aku dan Aiman menambah. Ini kes dua beranak yang gelojoh makan sampai tak ingat nak snap gambar.haha..Mahu cuba Resepi Bowties Pasta Sos ala Melayu vs tak cukup bahan? Like a peanut orang putih kata. Pejam mata boleh buat.



Bahan- bahannya tentulah bowties. Aku guna yang San Remo punya. Bentuk dia sebijik macam reben. Rebus bowties lebih kurang 15 minit kemudian toskan.


Untuk sos pula panaskan minyak, tumis bawang merah+bawang putih+halia+cili kering yang dah diblander. Tumis hingga naik minyak pastu masukkan daging hancur. Masak hingga sedikit garing, letak sos cili dan setin kecil tomato puri. Masukkan sayur apa yang korang suka. Aku just letak lobak merah. Last sekali masukkan hirisan sosej. Boh garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap pastu siap!


Tak sampai setengah jam dah boleh makan. Aku suka gaul bowties dengan mayones sebelum hidang dengan sos pasta. Ala melayu la sangat! haha..







                                               

Tak Tahu Guna Mesin Taip!



Pembelajaran hari nie sangat kena dengan kata-kata, "Kalau tak ada yang lama tak adalah yang baru". Tadi buat pertama kali dalam sejarah aku belajar menggunakan mesin taip. Celik jer mata aku hanya tahu guna komputer untuk menaip. Sia-sia hidup selama berpuluh tahun yer!haha..Serius nak masukkan kertas pun aku tak tau. 


Kidnap gambar en google.


Hujung tahun kenalah siapkan borang penilaian prestasi. Dulu waktu di Johor ada orang tolong taipkan. Dekat sini semua benda kena buat sendiri, so terpaksa la belajar. Tak sampai beberapa minit aku dah mula menguasai rentak menaip menggunakan mesin taip. Jakun gila dengan benda nie wa cakap lu.


Sila bayang aku seperti Rafeeq Astro ceria (versi bapok), 


WikipediaMesin taip adalah peranti elektronik, elektromekanik atau mekanik dengan set "kekunci" yang, apabila ditekan, menyebabkan huruf dicetak pada dokumen, biasanya kertas.


Tiba-tiba rasa nak berpuisi :


Aku dan mesin itu bertentang mata
Puitis irama jari yang menaip
Statik sekujur jiwa
Sepah yang dihina kerana madunya
Kekuncinya yang lara
Kerana moden dunia
Lalu aku membuka mulut
Merasa dan berbicara
Ternyata sebuah mesin usang
Jiwanya masih menyumbang bakti


Tintong..hahaha layan!


* Korang tahu guna mesin taip?










Giveaway Yanmieonline.com



Salam..


Seharian aku mengemas rumah dan basuh baju yang menimbun dari pagi sampai ke malam. Walaupun pinggang sakit-sakit, gigih jugak aku nak join giveaway dari Yanmieonline.com nie. Nak siapkan entri malam nie jugak. Backlink punya pasal.haha..Ada tuah menang header ye tak?



Tarikh Tutup sangat cantik, 11/11/11

Sebenarnya aku memang malu tak tau nak sorok mana muka kalau bab suruh komen blog blogger otai macam kak yanmie nie. Dah la baru jer nak kenal dengan empunya penganjur, blogku juga tak semegah dan pengetahuanku pun kurang. Aku tebalkan jer la muka. Sahut cabaran tagline akak, boleh bah kalau kau!hehe..

Blog akak nie bagi saya sangat perfect. Loading pun laju, header cantik, theme pun tiptop. Memang tak nampak kekurangan, cuma kalau boleh latest entry tu buat blog archive ikut tahun dan bulan. Apa ekk orang panggil benda nie? Saya pun tak tau. Maaf yer saya memang tak pandai.kehkeh..Tapi itulah senang sikit saya nak godek entri lama. Saya nak popular post jugak, nak usha entri apa yang menjadi idaman kalbu reader akak.

Itu jer la. Kepala pun dah tintong. Aku mau beradu sudah. Esok pagi mau kerja bah..Tiba-tiba sabahan celup plak aku.hehe..Eh korang! Pantun dua kerat nie. Aku sudah mamai, jom join ramai-ramai..

Baclink tu yang paling penting! Boleh bah kalau kau! Sekian..


“Giveaway yanmieonline.com, menawarkan header blog hasil designer dari Budak Nakal