Pixajoy

Friday, October 30, 2015

Komuter Kini Di Utara



Mula dibuka pada 11.9.2015, aku baru je tahu beberapa hari ni.  Ni pun opismate yang bagi info. Bas je dah bertahun tak naik kan..Takat ETS tu tahulah, yang komuter ni tobat tak tau.

Aku punya teruja tahu yang SP pun ada perkhidmatan komuter, dan dan google cari maklumat terus wasap jadual perjalanan ke en suami. Bukan apa, dah berhasrat nak bawa anaknda berdua rasai pengalaman naik komuter. Nak tunggu abah depa bawak pi KL tu taktau bila la kan.hehe..


Aiman kira bertuah juga masa dok Johor dulu dia dah pernah rasai pengalaman naik bas, keretapi, komuter dan lrt. Tu pun mungkin dia dah lupa sebab masa tu kecik lagi. Yang Afia ni je kalau tak bawa memang tak merasa kot. Naik bas je tak pernah.huhu..

Perkhidmatan ni aku rasa antara pilihan yang sangat efisyen buat yang berulang alik ke tempat kerja setiap hari. Harga pun berganda murah dari bas. Yang penting no traffic jam. Boleh relex lagi dalam train baca buku bukak facebook update blog sapa takmau.


Harga tiket Sungai Petani ke Butterworth baru RM 3.60. Warga emas dan kanak-kanak bawah 4 tahun less 50%. Murah sangat kan..Nanti ibu abah bawa Aiman Afia naik komuter ya! Lagi best sebenarnya kalau plan terus jalan-jalan naik feri naik bas ke Penang mengimbau kenangan zaman ibu abah bercinta.hehe

Jom kita pakat naik!











Thursday, October 29, 2015

Aktiviti Memasak



Hari ni malas nak menaip. Bagi gambar je boleh?





"Jadikan aktiviti memasak dan ruang dapur sebagai ruang mendidik"










Wednesday, October 28, 2015

Merangsang Deria Anak : Deria Rasa & Deria Bau



Malam tersebut ibu tengah masak kat dapur, abang Aiman tengah mandi, rupanya Afia bersensory play kat ruang tamu. Dia pi godeh bubur asyura pakai tangan habis kotor karpet. Pastu bila ibu pi tengok, dengan muka tak bersalah datang tunjuk tangan. Tak jadi nak marah bila fikir yang Afia lagi brilliant buat aktiviti merangsang deria sentuhan tanpa disuruh.haha..


Ok iklan je tu. Mari cerita pasal eksperimen yang ibu buat bersama anaknda berdua. Ni bahan yang digunakan.


Untuk deria rasa ibu guna gula, garam, serbuk koko dan limau kasturi. Aksi Afia bila bereskperimen dengan 4 rasa ni.

Gula - Suka la kan manis..sebelum ni dia memang dah biasa dengan rasa manis. Siap minta lagi dan lagi.

Garam - Menggelupur masin ok, dia ingat yang garam ni gula.haha Pertama kali bagi Afia rasa the real salt. Baru dia tau masin tu apa kan.

Limau - Afia tahu macam mana rasa masam of course sebab selalu minta rasa air detox ibu. Ni pun punya mengada buat aksi guling-guling konon masam sangat.

Serbuk koko - Afia rasa dan buat aksi nak muntah. Cepat-cepat ibu bagi air. Pastu kena explain ni rasanya pahit. Dia ingat sedap macam serbuk milo ke ambik rasa punya banyak.



Untuk deria bau boleh je guna apa benda berbau macam bunga, rempah ratus, makanan, buah-buahan dan sebagainya. Kali ni ibu pakai barang yang ada kat dapur, daun limau purut, cinnamon dan daun kari.


Afia punya kerja dia ambik titi pastu bagi titi sekali buat aktiviti merangsang deria. Daun limau purut letak kat hidung lion pastu limau pun dia perah air letak kat tangan titi, masuk dalam mulut titi sama macam ibu buat. Clever sangat kan. Abang pun rajin melayan. Lagi parah masa ibu dengan abang dok baca kisah nabi dia sambung buat aktiviti sensory play. Dua kali dah anak oii salin baju.huhu..



Apa pun kami happy dan enjoy buat aktiviti ni. Korang pun try la buat eksperimen camni dengan anak-anak. It must be so much fun more than you expect.







Tuesday, October 27, 2015

Santai Pantai Merdeka



Nak masuk 5 tahun dah kot kami menetap dekat SP, ni kira baru kali kedua jejak kaki ke Pantai Merdeka. Biasanya macam ni la kan.. tempat yang jauh kita nampak, yang dekat tak excited nak pergi walhal Kedah ni pun banyak lagi tempat aku belum jejak. Gunung Jerai pun tak pernah naik lagi tau, sedih kan.hahaha..

Kami pergi memang dah agak petang. Hari Jumaat pun tengok tak ramai sangat orang mungkin faktor jerebu. Biasanya hari cuti memang sesak dengan umat manusia. Sekarang Pantai Merdeka dah ada ekspo gerai jualan. Macam-macam ada daripada makanan minuman sampai ke pakaian, mainan, cenderamata. Semua harga murah la bagi aku. Dah macam mini Padang Besar dah.




Kami cuma jalan-jalan cuci mata. Mujur anaknda berdua behave tak mintak toys yang bukan-bukan. Terpegun jugak tengok budak-budak ni tengok, pandang dan pegang mainan pastu bila kata tak payah beli  depa tak membantah. Kalau Aiman tu memang sedia maklum dia takkan berani mintak nak beli mainan kalau abah dia tak bagi green light. Afia pun bila kita cakap toys ni tak juai..nanti jalan dulu kita tengok lagi kat depan ada banyak lagi..dia ikut je arahan sampai kesudah tak beli apa.hahaha..

Depa cuma demand nak main dalam tempat belon ni. RM3 per person tapi en suami minta RM5 je untuk Aiman Afia.hehe..





Main kejap sangat Afia dah melalak takut. Rugi je anak oii tadi nak masuk macam excited sangat. Yang abah depa ni pun dah tau anak takut lagi diusiknya. Kesian Cik Pia kena buli dengan abah.


Dah lewat petang so tak pusing ke mana sangat, budak-budak ni pun tak sempat main kat playground. Ikutkan en suami nak terus balik tapi isteri dia ni mengada sangat ajak kena ABC dulu. Nin dia ABC special mujur tak order dua. Satu ni pun bersajak tiga beranak nak habiskan. Udang 1kg pun tak sempat hadam lagi kan.huhu..





Sedap ABC dia halus je tekstur. Boleh mintak add on air gula dan susu tanpa tambahan charge. Petang yang sangat happy untuk kami, yang penting dapat gembirakan anak-anak.








Monday, October 26, 2015

Usop Mee Udang Pulau Sayak Kedah



Kisah Jumaat lepas. Memang dah lama plan nak kena mee udang Pulau Sayak tapi asyik tak berjodoh ke sana. Ada saja halangan menimpa, padahal dari rumah tak jauh mana pun, kurang sejam je kot. Ni pun mulanya memang nak cari kedai area SP ni je. Lagi dok fikir lokasinya jauh sikit pastu dengan keadaan jerebu ni sama kan.

Bambam suka pestime ibu dendankan rambut dia. Mau pulak dok diam bila nak buat rambut adik miaw.hehe..

Setelah buntu sangat mencari port makan, finally kami ke Usop Mee Udang Pulau Sayak.





Kami pilih port berdekatan dengan laut. Walaupun cuaca masih jerebu, terasa segar je udara saat angin bertiup sepoi bahasa.hehe..Aiman Afia nampak enjoy melawat kawasan sebelum order sampai.




Air dah sampai..kita basahkan tekak dulu pastu kita sambung wefie.hakhak..




Cukup-cukup la wey dah menyampah orang tengok muka serius hang tu.haha. Tadaa..makanan dah sampai. 

Model makan-makan ibu macam biasa la jadi mangsa.huhu

En suami dan Aiman order 3 nasi putih untuk makan dengan masakan udang dan telur dadar. Mee kosong ni aku punya, RM3.50. Memang request kosong tanpa udang. Untuk makluman harga mee udang semangkuk RM 9, special RM12. 

Ni la sebabnya mintak mee kosong. Kami order sekilo udang, RM 70. 1/2 kg udang goreng kunyit,1/2 kg lagi buat masak pedas. Nah makan sampai pitam.

Oleh sebab lunch tak makan, Alhamdulillah selesai semua tak payah tapau bawa balik.

Secara keseluruhannya benar kata kawan aku mee udang dia biasa-biasa saja tak ada pun sedap mana. Sebab udang tu je kot yang special dan famousnya Pulau Sayak ni. Pada aku mee udang aku masak lagi berganda sedap.hahaha...

Udang goreng kunyit dia memang sedap. Masak pedas tu en suami kata sedap, bagi aku biasa saja. Apa pun kami puas hati dari segi servis layanan, harga dan rasa. Nanti Insyaallah nak bawa mak abah datang sini.

Rm70 untuk 1kg udang laut memang berpatutan sangat. Really recommended, kedai dibuka setiap hari bermula 9 pagi hingga 12 malam. Kalau datang Sg Petani jangan lupa singgah Usop ok! Ada dua buah lagi kedai mee udang berdekatan tapi orang kata Usop ni terbaik.

Alang-alang dah sampai sini, selesai makan jom kita ke Pantai Merdeka. Nanti sambung aktiviti santai kat sana.







Sunday, October 25, 2015

Bila Bosan



Hari yang kami projek cuti jerebu  Aiman muka muncung sedepa tak tentu arah dok rumah asyik sebut bosan. Cik Pia mana pandai boring lagi kan. Abah depa dah pesan awal pada Aiman tak payah turun playground, cuaca kat luar memang tersangatlah tak sihat hari tersebut.  

Bila dah bosan tu, jadi kerja dua beradik main kuda-kuda pastu sibuk minta ibu snap picture depa. Bonding time camni walau sekejap terserlah kegembiraan diwajah Aiman Afia. Ibu abadikan gambar disini buat tatapan dihari muka cheewah..








Saturday, October 24, 2015

Merangsang Deria Anak : Deria Sentuhan



Deria sentuhan melibatkan organ badan kita yang terbesar iaitu kulit. Pernah dengar tak sensory play? Hari ni biar aku cerita pasal deria sentuhan dulu ok. Sejak dari baby kita dah boleh mula letakkan beras, oat atau cereals dalam bekas pastu campak anak kita bagi main dalam tu. Benda makan kalau anak nak telan ke masuk mulut takda hal la kan. Banyak lagi aktiviti boleh google ye.

Sensory play macam ni bagus untuk merangsang deria anak dan kenalkan depa kepada macam-macam tekstur yang ada kat muka bumi ni. Dulu-dulu ibu macam tak berapa cukup kesedaran tentang sensory play ni semua. Tapi bila dikaji antara sedar dan tidak, ibu memang ada dedahkan Aiman Afia dengan rangsangan deria sentuhan melalui alam sekitar. 

Bukan tak pernah ibu bawa Afia pijak rumput tanpa selipar bila ke taman, kita pernah kan ke playground main kejar dan tangkap bubbles, golek-golek atas pasir pantai..Ni semua antara aktiviti yang bagus rupanya untuk merangsang deria sentuhan anak.

Penting kita dedahkan anak dengan pelbagai tekstur dan permukaan seperti keras dan lembut, panas dan sejuk, licin dan kesat, kering dan basah, tajam dan tumpul sejak anak baby. Ala masa sekolah dulu pun kita ada belajar yang deria, saraf dan otak saling berhubungkait. Deria yang menentukan penyampaian mesej ke otak. So kalau nak anak bijak kenalah gigih buat aktiviti rangsangan macam kat bawah ni. Ini contoh..hakhak..

Aktiviti yang biasa orang buat ialah mencari fur ball or beads. Ibu ni kan ke kreatif tak ingat, pulun campak segala mak nenek dalam beras lalu menamakan aktiviti ini sebagai mencari harta karun dalam beras. Haha sukahati ja aku bagi nama.

Ibu letak manik pelbagai bentuk, saiz dan warna, sharpener, penutup botol dan sudu. 

Cari dan keluarkan semua Cik Pia ye

Kejap dia korek guna sudu kejap dia korek pakai tangan.

Awat la cantik sangat gaya duduk tu anak dara oii.

Nah seluk lagi tangan cari barang.

Dah habis cari Afia sibuk pula dok angkut beras pakai sudu masuk bekas apam. Mulanya dia guna sudu kecik..bila dah sedar yang kecik tu sikit kuantiti beras boleh masuk, terus dia tukar guna sudu besar. Yey bijak pulak anak ibu bezakan antara banyak dan sikit..cepat dan lambat.

Dah main masak-masak pulak

Abang Aiman pun cik pia serve.hehe

Sambil bermain anak boleh belajar banyak benda. Afia punya suka sampai tak nak stop main beras. Ibu kemas dia melalak nak main lagi. Malam tu tidur dengar dia mengigau sebut..ibu..nak men..ibu nak men.hahaha..

Pagi esoknya bangun je mintak nak main beras lagi. Benda ni lebih fun and excited daripada mainan beli. Benar kata orang yang kita tak perlu pun mainan mahal untuk buatkan anak happy, yang penting kualiti time bila kita bersama.

Perlahan-perlahan ibu akan plan aktiviti merangsang deria-deria lain bersama anaknda berdua. Will update and sharing here soon.






  

Friday, October 23, 2015

Semalam Punya Cerita



Mak abah datang lagi, singgah SP dari Lumut sebelum balik Alor Setar. Tetiba je mana sempat nak kemas rumah. Dah la selori baju belum lipat dalam bilik. Balik kerja rupanya mak mertua dah siap-siap kemas dan mop dapur.Terjejas reputasi menantu perempuan nan sorang ni.hahaha..

Kebetulan en suami pun cuti tak berapa sihat, tak kira jerebu of course keluar bawak mak abah JJCM. Kalau semua orang terperuk je kat rumah..kesian la kan dengan peniaga-peniaga kedai makan.hehe

Ni antara kedai yang selalu dah kami singgah. Aduh aku ingat en suami tanya burger biasa sambil buat isyarat dua..aku pun iyekan. Rupanya order yang KLCC..jenuh nak habiskan. Mujur Aiman kata nak makan burger tak demand nasi goreng macam biasa. Mak abah order mihun dan mi goreng, mana reti sangat makan western camni. Burgernya kami tiga beranak selesaikan semua. Alhamdulillah licin.hehe..

Kok KLCCnya udah senget benget.

Ada 4 lapisan daging dan 4 biji telur setiap satu.

Order with cheese tapi dah kurang leleh cheesenya macam yang sebelum ni.

Sila jangan terliur.haha

Balik makan kami singgah sekejap rumah kawan lama abah. Ni kawan masa kerja askar sama2 dulu di kem yang mana sekarang ni tempat aku berkhidmat. Rumahnya tak jauh dari kuarters tempat kami tinggal. 

Afia masa kat kedai sibuk main tak ingat nak makan, kat sini habis di belasahnya biskut orang jamu. Yang hanginnya tu dia pi makan krim yang tengah tu je pastu pass biskut ke ibu. Larat nak telan dah belasah setengah KLCC tadi.haha... Bila kita larang dia dok buat muka comel sambil goyang jari telunjuk sebut no no..geram betul ibu dengan si bambam ni tau.huhu

Dikudanya Aiman kerusi malas orang.

Afia pun suka. Nanti minta abah belikan satu ok.

Abang adik berebutkan kerusi. 

End up tentulah abang kena beralah. Cik Pia punya jerit sedia faham lagu mana. Hingaq sekampung.